Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai Dan Kakitangan Pendidikan Daerah Segamat Berhad telah diadakan pada 25 Jun 2019 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan dirasmikan oleh YB Hjh Natrah Bte Ismail, Ahli Parlimen Sekijang.
TAKLIMAT KEPADA AHLI MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEGAMAT
Sesi penerangan kepada semua ahli Majlis Guru Besar Daerah Segamat telah diadakan pada 15 Sept 2020 dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Segamat bertempat di Hotel Pantai Puteri, Melaka.
SESI PENERANGAN DAN PERKONGSIAN I-LEARNING ACE OLEH SASBADI HOLDINGS
Satu sesi perkongsian perniagaan oleh Sasbadi Holdings Berhad melalui Pembelajaran Digital i-Learning Ace telah diadakan di Pejabat Koperasi KOPENDSGT pada 19 Okt 2020 jam 3.30 petang. Semua ALK telah diberi penerangan mengenai kelebihan pembelajaran digital disamping dapat menambah pendapatan melalui penjualan ID i-Learning Ace.