KoPendSgt

SELAMAT DATANG KE
KOPERASI PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT BERHAD
[KoPendSgt]

Gambar Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi KoPenDS Kali Ke-50

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT KALI KE-50 (KOPENDSGT)

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-50 akan dilaksanakan secara Hybrid iaitu kehadiran secara bersemuka dan secara maya (Google Meet)

Butiran Mesyuarat :

  • Tarikh : 10hb. Disember 2022
  • Hari : Sabtu
  • Masa : 8.00 Pagi
  • Tempat : Dewan SK Bukit Hampar dan secara Google Meet.
  • Perasmi : Tuan Haji Anuar bin Abd Manap – ADUN Pemanis

Pautan google meet akan disiarkan pada 09 Disember 2022 iaitu sehari sebelum mesyuarat.

Pengesahan kehadiran – Sila masukkan maklumat pengesahan kehadiran melalui kaedah bersemuka atau secara atas talian melalui pautan berikut : https://rebrand.ly/mat-kopends

Pautan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai Dan Kakitangan Pendidikan Daerah Segamat Berhad Kali Ke-50 melalui Google Meet ———>>> https://meet.google.com/cnf-pegf-ysp akan mula dibuka mulai 10 Disember 2022 pada jam 8.30 pagi.  Pengesahan kehadiran mesyuarat pula akan diaktifkan pada jam 9.00 pagi melalui pautan di dalam ruang chat google met –>> https://forms.gle/ZsyCyNkFLV6FoVUM6

–>>Buku Program Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-50

 

Sertai kami di Telegram: https://t.me/matkopends

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT KALI KE-49 (KOPENDSGT)

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-49 telah berjaya dilaksanakan secara Hybrid melalui Google Meet dan semua Ahli Lembaga Koperasi seramai 8 orang berada setempat pada 17 Disember 2021 pada jam 8.30 pagi. Seramai 106 orang daripada 135 orang yang mendaftar awal telah menyertai mesyuarat kali ini. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dato’ Zahari bin Sarip, Ahli Dewan Undangan Negeri Buluh Kasap yang juga ahli koperasi.

YB Dato' Zahari bin Sarip, ADUN Buloh Kasap
ALK 2021

PERKASAKAN GERAKAN KOPERASI

Pendekatan ke arah memperkasakan gerakan koperasi di rantau Asia Pasifik perlu dibuat dengan mendekati masyarakat melalui aktiviti koperasi terutama dalam kegiatan ekonomi mengharmonikan kehidupan sejagat. Masyarakat ingin melihat apa yang boleh mereka perolehi menerusi koperasi. Kesedaran masyarakat serantau untuk menggerakkan ekonomi secara bersama menerusi institusi koperasi amat dirasai kini. Konsep ‘HAN’ yang diamalkan di Jepun kini dipraktikkan secara meluas oleh koperator bertujuan mengurangkan kos sara hidup. Usaha menangani kos sara hidup dibuat menggabungkan kerjasama semua koperasi untuk membuat pesanan belian secara pukal dan kemudiannya diagihkan kepada anggota.

Kenali koperasi kami

Senarai produk dan perkhidmatan koperasi

Klik disini

Produk Kami

Kami menawarkan pembiayaan sehingga RM9,000.00 merangkumi  Pembiayaan serta merta RM500.00, Pembiayaan cukai jalan RM500.00, Pembiayaan Pelancongan RM1,000.00 dan Pembiayaan Berjamin (dilindungi Insuran) RM7,000.00